Mentor ? okay ,untuk mentor dalam UKM nih aku da pergi ketemu tapi aku belum serapat mana dengan beliau . Mungkin baru satu perjumpaan dengan dia but aku harap aku boleh rapat dengan mentor aku nih like aku rapat dengan mentor aku sebelum nih .Tapi thanks untuk beliau jugak sebab masa aku pergi jumpa dia banyak sangat nasihat yang berguna dia bagi kat aku as 1year student kat sini .Agak sedikit risau waktu sebelum aku pergi jumpa beliau , macam-macam aku pikir pasal mentor aku . And paling risau dia garang but daripada first impression dia aritu , dia memang yang penyayang . Care pasal mentee dia and give motivation support for me .Thanks Dr!
Alhamdulillah everything selesai bila aku melangkah keluar dari bilik beliau . Start daripada haritu , aku nak berazam nak pergi jumpa dia lagi for share aku punya cerita .Insha Allah.Yelah aku nak sangat anggap mentor aku nih as my mum yang boleh aku share masalah pelajaran aku kat sini .
Okay sekarang aku nak cerita sikit mengenai mentor aku dulu ,Pn. Ayu and dia bukan mentor aku zaman matrik and dia adalah mentor aku time aku kat zaman plkn dulu .. Haha , yang paling aku minat mengenai dia adalah jurulatih sangat lah sempoi and always happy go lucky orangnya . Dan paling tak sangka kami mempunyai kampung halaman yang sama but jarang bersua lah .Aku ingat lagi waktu aku down masa buat pemilihan sama ada Matrik atau Upu? dia yang bagi aku support . and waktu tuh aku terpaksa tangguh latihan untuk aku sambung study .And dia selalu ingatkan aku yang belajar mana-mana sama je , yang penting niat kita betul and ikhlas kerana-Nya. Start daripada situ , aku buat istikharah setiap malam dekat plkn tuh , and lastly aku pilih matrik as jalan aku seterusnya .

Sampai hari aku kena tamatkan latihan, aku pergi jumpa dia untuk kali terakhir mungkin . And waktu aku ketuk pintu bilik dia , hati aku berat sangat nak tinggalkan orang yang pernah aku rapat and bagi aku semangat kat plkn tuh .As usual , dia akan happy je waktu nampak aku and siap tanya aku lagi kenapa monyok? and aku hanya balas dengan senyuman je.Aku bersalaman dan bagi pelukan terakhir sebab mungkin lepas nih aku takkan jumpa orang macam dia and anggap aku as adik dia je . Haha , and dia macam biasa sentiasa steady and hanya aku yang berlinang air mata ketika itu .
And aku ingat kata dia , jadi akauntan yang jujur tau tapi aku hanya balas , saya taknak jadi akauntan tapi saya nak jadi macam cikgu!!! And sekarang kami still keep in touch and still gila-gila bersama . tapi dia dah pindah Kem ke Johor and now aku continue hidup as student and still nak jadi macam dia.Thanks cikgu Ayu !
memory never fake .
No comments:
Post a Comment