Tuesday, 22 December 2015

21/12/15




Hai and assalamualaikum semua .Selamat malam ! hehe , kali nih aku pilih tarikh di atas as tajuk blog aku . huhu , hari ni aku and semua student set sir Azzwan kena buat  presentation powerpoint dan video yang berdurasi 20minit . hihi ,so kumpulan aku pon tak terlepas lah dari final project nih and kami da cuba sehabis baik untuk harini and Insha Allah kami terima apa sahaja markah bagi kumpulan kami . Best giler diorang nye video , perghh semua yang pandai-pandai berlakon ah dalam kelas sir nih . hahahah ,gempak habis .. hehe and ....
 

Finally aku da habis kelas selama 14 minggu dengan sir Dzul Azzwan nih . hehe kalau sir baca blog nih , shiro nak say thank you sangat2 sebab sangat tak lokek ilmu dengan kami semua . terima kasih sebab ingat nama shiro . hehe , terima kasih jugak sebab ajar semua benda-benda baru pada kami .terima kasih sebab selalu buat  punchlines merata-rata dalam kelas . hahaha .  hm , mesti rindu nanti.. doakan lah kami dapat menjawab final dengan tenang and bercuti dengan happynya .  Pergh tulis macam grade da kan ? hahaha apa-apa pon halalkan semuanya yee sir . Terima kasih ye sir.Assalamualaikum and ikhlas dari KAJAIRIAN  ! hehe .



Sunday, 20 December 2015

EPILOG

 Kemudian , aku terasa ada tangan yang menyapa bahuku , ku toleh ke sisi dan dia sedang senyum manja dan berkata ......



" kuatkan lah hati kamu itu , sesungguhnya Allah tidak menguji manusia melebihi kemampuan hamba-Nya" . Aku tersenyum lega dan semangat aku sedikit naik dan aku bertekad untuk cuba . Aku percaya yang aku boleh lakukan . Aku kembalikan pandangan ku ke arah seorang insan yang sangat aku sayangi , kini aku hanya mampu melihat dia dari jauh sahaja tidak seperti dulu . tiada tawa mesra antara kami berdua . yang tinggal hanya kenangan yang disimpat semat oleh aku sahaja tapi bukan Si Dia . Moga Allah kembalikan ingatannya sama seperti sedia kala . Sekian .